Thursday, February 20, 2014

MOga Allah Redha...


Ayah Dan Mak 

Ayah dan mak
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan mak lah
Mesti dihormati

Ayah dan mak
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Ke hadapan mak dan ayah yang kayrie sayangi,

Inilah lirik lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman. Oleh kerana sedihnya apabila kayrie  menghayati lagu ini dan betapa rasa bersalah telah menyelubungi hati kayrie , maka di sini kayrie  coretkan perasaan hati dan luahan hati kayrie  yang lama kayrie  pendamkan. Sebelum itu kayrie  nak mohon berjuta-juta kemaafan yang tak terhingga, daripada hujung rambut hingga hujung kaki, daripada nafas pertama kayrie  di dunia ini hinggalah kayrie  besar sekarang ini, daripada setiap perbuatan, ucapan dan lintasan hati kayrie kayrie  memohon berjuta-juta kemaafan andai ada walau sedikit kesalahan sama ada secara sedar atau tak dan yang menggores hati mak dan ayah atau pun tidak, kayrie  mohon dimaafkan segala-galanya. 

Kepada mak yang kayrie sangat-sangat kasihi,

Wahai mak, kayrie  mohon mak halalkanlah setiap titis air susu mak yang telah masuk ke dalam diri kayrie kayrie  memohon mak halalkan setiap makanan yang telah mak masak dan masuk ke dalam diri kayrie . Mak, Kayrie mohon mak halalkan setiap pengorbanan mak yang dah mak curahkan untuk Kayrie. Sungguh kalau mak minta Kayrie balas balik jasa-jasa mak itu pasti Kayrie takkan mampu walaupun Kayrie berikan setiap emas yang ada di atas bumi ini, pasti takkan mampu walau Kayrie berikan segala perhiasan yang ada di atas dunia ini. Jadi Kayrie mohon mak halalkan semua yang dah mak bagikan kepada Kayrie termasuk kasih sayang yang mak dah berikan kepada Kayrie yang takkan mampu Kayrie ganti walau dikumpulkan setiap kasih sayang insan kepada diri Kayrie. Mak, Kayrie mohon mak ampunkan Kayrie dari saat Kayrie dilahirkan sampailah ke hari ini dan untuk sisa-sisa hidup Kayrie yang ada. Kayrie memohon ampun dan maaf daripada sekecil-kecil kesalahan yang membuatkan mak sedih sehinggalah ke sebesar-besar kesalahan Kayrie sampai membuat mak menitiskan air mata oleh kerana kesalahan Kayrie. Sungguh Kayrie tak pernah lupa hari di mana Kayrie dah makan kuih pada suatu hari sehingga membuatkan mak menangis. Mungkin pada saat itu Kayrie terasa ianya perkara yang kecil tapi kalau mak tak ampunkan Kayrie, macam mana Kayrie nak jawab kat depan Allah nanti. Macam mana pada masa tu tergamak Kayrie membuat mak menangis. Itu yang Kayrie nampak, yang Kayrie tak nampak mungkin banyak lagi. Oleh itu Kayrie memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga atas setiap kesalahan yang telah Kayrie buat kat mak. Mak, Kayrie tahu Kayrie ni seorang budak yang nakal, jadi pasti banyak kesalahan Kayrie. Masa kecil dulu pun Kayrie yang paling banyak kerenah kan mak. Jadi Kayrie minta halal dan ampun maaf atas segala-galanya. Sekali lagi mak, Kayrie mohon maaf sangat-sangat kepada mak atas segala dosa Kayrie kepada mak sedari Kayrie dalam perut mak lagi sampailah ke hari Kayrie menghembuskan nafas Kayrie yang terakhir dan jika ada salah dan silap Kayrie yang Kayrie buat secara sedar ataupun tak.

Kepada ayah yang Kayrie sangat-sangat kagumi,

Wahai ayah, sungguh ayahlah sebenarnya idola dalam hidup Kayrie. Dari kecil sampai besar, Kayrie sentiasa bercita-cita nak jadi macam ayah. Ayah, Kayrie mohon ayah halalkanlah setiap keringat yang telah ayah titiskan hanya semata-mata untuk memberi makan kepada anak ayah yang langsung tak mengenang budi ni. Ayah, Kayrie mohon ayah halalkan setiap sen yang ayah dah bagi dan yang ayah dah keluarkan untuk Kayrie. Ayah, Kayrie minta ayah ampunkan Kayrie dari hari pertama Kayrie turun ke dunia ini sehinggalah ke akhir hayat Kayrie andai Kayrie ada terkasar bahasa walaupun sepatah kata "ah" yang telah terkeluar daripada mulut Kayrie yang telah membuatkan ayah marah atau terasa hati. Kayrie pasti Kayrie dah buat ayah marah banyak kali kan. Ayah, Kayrie tahu ayah tak pernah zahirkan rasa hati ayah apabila ayah terasa hati kat Kayrie. Ayah, Kayrie minta halal jika ada setitis air mata ayah yang tumpah ke bumi oleh kerana sikap Kayrie yang kurang ajar dan yang tak mengenang budi ni yang telah mengguris hati ayah. Ayah Kayrie mohon ayah maafkan setiap perbuatan Kayrie yang terzahir atau yang tak, setiap perkataan Kayrie hatta setiap perkara yang terlintas di hati Kayrie yang boleh membuatkan ayah terasa hati kepada Kayrie. Ayah kalau ayah tak redha kat Kayrie, macam mana Kayrie nak dapat redha Allah ayah. Jadi Kayrie mohon ayah redha setiap perbuatan anak ayah ini yang sering kali membuat sesuatu perkara tanpa memikirkan perasaan ayah terlebih dulu.

Wahai mak dan ayah yang Kayrie sangat-sangat hormati,

Mak dan Ayah, andai kata ayah dan mak terasa terkilan sebab Kayrie tak dapat nak penuhi cita-cita mak dan ayah, Kayrie mohon berjuta-juta ampun dan maaf. Mak dan Ayah, sungguh andai mak dan ayah terasa terkikan sebab Kayrie tak dapat nak penuhi cita-cita mak dan ayah, percayalah Kayrie bermak-rmak kali rasa terkilan sebab tak dapat nak penuhi cita-cita mak dan ayah tu. Walaupun mak dan ayah melihat Kayrie dapat ketawa secara zahirnya tapi mak dan ayah mungkin tak tahu berapa banyak air mata Kayrie ni yang telah Kayrie tumpahkan sejak dari Kayrie tak dapat straight A dalam spm, di hari Kayrie dapat tahu yang Kayrie tak dapat ambil medik dan sehinggalah ke hari ini. Betapa Kayrie dah sia-siakan setiap sesuatu peluang untuk membalas jasa mak dan ayah. Mak dan ayah harapkan Kayrie dapat ambil medik tapi Kayrie dah sia-siakan peluang untuk membuatkan mak dan ayah merasa bangga terhadap Kayrie. Tapi ayah dan mak, percayalah Kayrie dah cuba bersungguh-sungguh untuk membuatkan mak dan ayah berasa bangga sebab mempunyai anak seperti Kayrie tapi terbukti yang Kayrie bukanlah anak yang boleh ayah dan mak banggakan bahkan Kayrie lebih banyak buat mak dan ayah bersedih daripada berbangga. Mak, Ayah, ketahuilah betapa Kayrie telah cuba untuk membuatkan mak dan ayah berasa bangga kepada Kayrie. Kayrie dah buang cita-cita Kayrie untuk menjadi seorang pelajar agama atau ustaz dan cuba untuk menjadi seorang doktor seperti impian mak dan ayah tapi ternyata Kayrie dah gagal. Jadi Kayrie betul-betul memohon sejuta kemaafan kerana tak dapat menjadi anak yang boleh dibanggakan oleh mak dan ayah. 


Wahai Mak, Wahai Ayah,

Mak, Ayah, Kayrie betul-betul minta maaf. Kayrie sedar Kayrie tak dapat membalas segala jasa mak dan ayah dan Kayrie juga tak dapat nak buat mak dan ayah berasa bangga kepada Kayrie. Kayrie minta maaf banyak-banyak. Kayrie minta maaf banyak-banyak. Kayrie minta maaf banyak-banyak sebab Kayrie dah banyak menyusahkan mak dan ayah tapi sedikitpun Kayrie tak mampu nak balas pengorbanan mak dan ayah tu. Betapa Kayrie ni tak menghargai anugerah mak dan ayah yang telah Allah kurniakan kepada Kayrie ni sedangkan ramai kawan-kawan Kayrie di luar sana begitu ingin merasakan belaian kasih seorang ayah dan mak yang Kayrie dapat ni. Kayrie minta maaf ya ayah, Kayrie minta maaf ya mak. Andai ditakdirkan Kayrie pergi dulu sebelum ayah dan mak, Kayrie mohon mak dan ayah halalkan setiap apa yang telah ayah dan mak berikan dan maafkanlah kesalahan Kayrie sejak dari dalam kandungan sehinggalah ke akhir hayat Kayrie. Sungguh, mak dan ayah adalah mak dan ayah yang terbaik yang Kayrie pernah jumpa dan tak akan bisa ditukar ganti.

Khas buat ayah dan makku yang tercinta,
Nukilan daripada anakmu.
mohamad Khairi Bin Omar
#nakjadianakygbaik.

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya : Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang mak bapanya, maknya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada mak bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". (al-Ahqaf : 15)


Saturday, February 8, 2014

renunglah masa lampau..rancanglah masa depan~


"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama"
 [HR Bukhari dan Muslim]



Allah hadiahkan nikmat yang tak ternilai itu..
aku yang sekarang bukan aku yang dulu..
terima kasih ya Allah..
aku berlindung kepadamu daripada berpaling dari MU..

nauzubillah..

p/s: shbt2 tolong doakn sy/ana/aku jgk....

^__*

Perjalanan terakhir seorang pejuang...





Pak Yazid telah meninggalkan kita menghadap Penciptanya dengan haruman dakwahnya di kota raya hingga ke segenap negara. Pusat Dakwahnya benar-benar di tengah sibuk Ibu Kota. Beberapa kali saya yang lemah ini dijemput menyampaikan kuliah di tempat beliau itu. Setiap kali itu saya terfikir betapa besar jasa pendakwah hebat ini. Moga Allah lipat gandakan pahala amalannya dan memberinya pahala atas setiap jiwa yang beliau telah sentuh.

Kita pula bagaimana ya bila dijemput pergi nanti?

Wacana Nasional..


Saksikan Wacana Nasional malam ini!

9.2.14 | 11 malam | TV1

Bersama:
1. Setiausaha Pemuda PAS Malaysia - NASAIE ISMAIL
2. Exco Pemuda UMNO Malaysia - FATHUL BARI
3. MIC
4. Majlis Belia Malaysia

Watch "Promo Wacana Nasional 9 Feb 2014" on YouTube -https://www.youtube.com/watch?v=9XuAQzZ-HSs&feature=youtube_gdata_player

Mata...



Bila perlunya bertentang mata?

 Apabila mahu bercakap dengan urusan yang penting sahaja. Itu pun terpulang. 


Tak semua boleh buat sebegitu. Kalau boleh elakkan bertentang mata. 

kredit to wada asri..


Kuliah Dhuha